Friday, January 23, 2009

From operational to decison making...

Minggu ni aku telah pun di beri kepercayaan untuk wat decision making pcocess...tapi bukan bab IT as ape yang aku study dulu...but process memberi pinjaman perniagaan kepada usahawan...

Pengarah dah x bagi aku wat keje kerani..tapi die suh duk sama level dgn pegawai2...
at first takot gak nak handle menda2 confidential nie..melibat kan duit berjuta2 ringgit nak guna..tapi tunjuk ajar yang diberikan sangat details...wat aku rase selesa..
ok la..nak share sikit kat kawan2 tersayang ku..

ingat senang ke suke2 bagi pinjam..so many aspect to amik kira...dari soal modal, quatation, asset...sangat bnyak perlu dipertimbang..sebagai pegawai yang wat keputusan kne bijak berfikir and ade strong reason why kite agreed to give them loan..kadang2 dorg pndai pnjam tapi x nak bayar..

then bahagian penguatkuasaan akan warning..bagi notis..ye..mmg blambak notis kne wat coz ramai x nak bayar utang MARA...aku pnah ikot pguatkuasaan g court...bnyak juga kutipan yang berjaya..mcm along plak kan kerja aku??

hehe..tapi tu la..even busy sangat2..dgn system aku yang lum siap lagi, documentation lagi, asgment from pengarah and timbalan lagi...tapi bnyak pengalaman berharga kat MARA nie..
bulan 2 aku kne outstation kat pwtc for Program gerak usahawan..wahh..best plak rasenye leh aku stay KL...jenguk korang ke kat opis..hehe...rindu x terkata rasenye...

kawan2ku...kita lagi sebulan je utuk berjumpa di Kuantan..x sabar sangat!! nak bergonjeng lagi mcm dulu...buat sekian kalinya...mgkin this time lebih sedih kan??? pasni ntah mane haluan kita semua...LOVE U ALL..

~SYA~

Tuesday, January 20, 2009

Tips2 Bernas COMELzz..

huhuhu.. 4 the second time aku nk wat entry pasal tips2 jgak.. Sowie la kepada tuan empunya blog yang aku da "copy n mengepaste" information die.. hehehe.. bdak IT kate.. 2 je la keje yg aku tau... kwn2.. jom tgk ape tips aku kali ni.. hehehe..

Perkara Yang Kita Perlu Buat APabila Keciwaa..

Resam manusia tidak lari dari perasaan kecewa. Adakalanya begitu sukar untuk kita menerima kekecewaan itu sehingga kita terfikir untuk melakukan perkara perkara yang mungkin kita terfikir sewaktu kita di dalam keadaan normal.


Berikut adalah perkara perkara yang perlu kita buat untuk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa tertonggeng monggeng dan sukar menerima hakikat diri.


1. Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanya kan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”


2. Beli makanan banyak banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.


3. Jika kita rindukan detik detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda di marahi. Bagitahu mereka yang anda baru di kecewakan dan memerlukan seorang untuk anda luahkan perasaan

anda.


4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!


5. Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah olah dari dia.


6. Marah pada dia? Itu adalah normal ! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.


7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.


8. Jangan dengar lagu lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.


9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk di simpan di sana. Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.


10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda di kecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berbaring. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasi kan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.


Selamat mencuba !

Monday, January 19, 2009

Migrain

Hari nie saya jadi operator telefon, kena call over 800 company. Gile kan? Da la pening je nie.. Migrain la tuh.. Pastuh Jega suruh pulak buat keje dia. Hello~ kau nie kan semua nak suruh aku buat.. Lebih baik aku je yang jadi admin. Tuh pun malas sangat nak harap orang je. Gaji kau lagi banyak dari aku tau. Sumpah pening... Aku sakit apa nie? Macam2 la sakit aku kan.. Menyampah je nak makan2 ubat. Hari nie macam2 la jadi.. Ish.. tak larat da nie. Okay kawan2 sambung malam nanti. Daa~ weyh.. kalau aku ada kuasa kan aku da lama tangan je si Jega nih. Suka kau je nak sound aku kan perempuan. Kau tak dengar lagi suara aku satu bangunan sungei besi nie boleh dengar. Kang ada yang kena p****** macam Pushpa hari tuh. Kau faham2 la bila kau bercakap tuh aku tak pandang muka kau dan buat muka bodo. Tuh maknanya aku tengah pendam pastuh rasa nak bagi sebiji penumbuk kat muka kau (aku tak kuat pun nak lempang orang). Tau pun nak cakap sory, sejuk sikit hati aku. Aku nie kan pemaaf..

SheiLa~

Ur Welcome FATASYA..

mmm... 2 fatasya..
Hepi besday..
Smoga panjang umur..
murah rezeki..
n hepi2 slalu..
xde ape yg special pn.. huhuhu..
2 je yg mampu org bg 4 ur besday..
hope our fwezz ship never end..



CupCake k.irma..

sebenarnye awal2 lg org da pk.. nk bg ape kat sya nt erk?? hehehe.. pas2 pk punye pk org bukak la tenet.. masuk kat blog sape2 ntah pas2 dpt la idea nk bg cupcake 2.. memandangkan aku tgh byk duit ckit ni.. <> aku pn ngan terujenye mmg nk bg cuccake kat sya.... mmm problemnye, mcm mane nk bg?? pas2 try la search kat mr.google 2.. eheh.. taip "CUPCAKE JOHOR".. hehehe.. try la bukak.. what a realy lucky girl im am.. hehehe... jumpe la blog k.irma ni..

tanpa lengah2 aku kol la k.irma ni tnye die.. dpt.. pas2 die pn setuju la nk amik order aku.. die soh email die butir2 yg die nk.. aku pn email la die pade ptg 6hb1 yg hening 2.. cewaah..

ni la butir yg aku email pd k.irma 2..


hehehe.. maju xaku skunk ni kwn2?? hehehe..

pas2 korg tau x.. betapa seksanya la aku nk tggu 17hb1 2.. xsabar aku wey.. hehehe.. ptg 17hb 2.. k.irma kol aku ckp sya kuar.. tgk wayang.. malam bru blik.. ish sedey sey time 2.. mmm tp nk wat cam ne kn.. aku pn msg la k.irma blik.. ckap klu sya xde xpe la.. aku soh die send kat guard ikm 2 je.. hehehe.. k.irma blas blik msg aku n ckp die nk anta mlm.. sbb adik die mcm knal sya ni.. member myspace katenye.. hehehe.. nampaknye suprise ni bakal menjadi gak la.. hehehe..

ptg 2 lam kol 4 adik aku dtg amik.. ajak g time square.. tgh2 syok tgk cite "MAUT",tbe sya kol.. ish.. da dpt la 2 kot.. hehehe.. aku pn angkat la kol.. suare die xcited sgt2 time 2.. n aku tau die pn tkejut n hepi.. hehehe..alhamdulillah.. berjaya jgak suprise aku 2..hehehe..

thanks a lot 2 k.irma.. semoga business cupcake akk trus maju n bleh bkak kedai cupcake nt.. hehehe.. thanks a lot..

aku pn sbenarnye xtgk lg cupcake 2. entah lawa ke x.. tp aku tau, mesti lawa sbb klu tgk cupcake yg k.irma wat sblom ni pn lawa2 jgak.... korg nk tgk cupcake yg k.irma da hasil.. cube la tgk kat link ni.. http://irmaputri-cupcake.blogspot.com

mmm... 2 sue and pa'are..hehehe jgn jeles2 tau?? nt korang akn dpt jgak sumthing dari aku.. yg pasti akn buat korang ingat aku sampai bile2.. hehehe.. tol x sya?? hehehe.. lom sampai mase korang la cayunk2 ku..


~~comelzz~~

Seseorang Untuk Dicintai

Kau hadir dalam hidupku
Kau membebaskan aku dari mentera kesedihan
Yang melingkari hidupku
Entah apa silapku kau menolak aku ke tepi
Hati yang pernah kau patahkan dulu
Itulah hatiku
Aku sentiasa yakin dan pasti
Tanpamu disisi hidupku tak bererti…

Dengarlah jeritan kesunyian hatiku
Yang kecewa denganmu
Aku tak inginkan dirimu lagi
Lihatlah kekosongan hatiku
Tiada lagi tempat dihatiku untukmu
Tapi..
Itu yang ku katakan dulu
Sewaktu kau tinggalkan aku dan dilukaimu

Akhirnya aku mengerti dan pasti
Aku jumpa dengan apa yang aku cari
Seseorang untuk dicintai
Untuk berpaut
Untuk menjadi inspirasiku
Seseorang untuk di belai dan
Untuk ku hargainya dalam hidupku…

Kerana kau telah pergi
Aku pernah hilang rasa ingin hidup lagi
Sampai saat itu
Aku tahu segalanya tentang hidupku
Aku tertanya-tanya pada diriku sendiri
Bagaimana untuk kembalikan dirimu dalam hidupku
Kerana dirimu…
Yang membuat aku tersenyum hari ini..

^beE^

Perempuan dan Isihatinya

1. Bila sorang mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.
sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang

4. Sekiranya sorang
jatuh dengan sorang , itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lain.

5. Bila
yang dia suka dan merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6.
memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan
yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang
mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang ,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9.
suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi mereka.

10. Jangan sesekali beritahu
yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
.

12. Bila pertama kali
yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua -rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang
,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang
memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang
jatuh ,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
sorang ,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku .

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman
akan sentiasa ada di fikirannya tetapi yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.
paling benci yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle mereka yang paling cantik.

25.
bermaksud kesetiaan, ambil at, jujur dan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua
mahukan sorang yang cintakan mereka sepenuh ..

27. Senjata
adalah airmata!!

28.
suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus .Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.
mudah jatuh pada yang ambil tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil
kerana apa yang dia mahu hanyalah dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. percayalah..tiap perlukan .

Tips2!!!!

khas buat kawan2 aku yg tersayang.. ngeh3x.. aku jumpa tips ni kat blog sape ntah.. nk cube x?? huhuhu.. sekadar menghibur duka.. jgn cedey2 cyg ku..


1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut… Lakukan setiap hari, 3 kali sehari…


2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung


3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan… . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh… Alaaa… bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..


4.Buat perusahaan menternak itik… Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo… .


5.Sibukkan diri dengan bekerja… Bantai overtime bebanyak… Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala…


6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda… buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri…


7.Ulang perbuatan nih sampai 3x… ikut tau… Uhh huuu Uhh huuu…


8.Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh… dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..


9.Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan…


NOTE: A.kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..


B.Kalo susah sangat… hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh…


10.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan… buat lah apa-apa je asal hati rasa puas

~~Comelzz~~


CINta & LEbuH Raya

“Satu waktu dulu,

Aku ibarat pemandu yang tak pernah berhenti,

Aku memandu dan terus memandu,

Mencari penumpang di tepi jalanan lebuh raya kehidupan,

Agar aku dapat pelawa untuk dia duduk di sebelah,

Menemani aku dalam pemanduan aku,

Untuk sampai ke destinasi..

Akkhirnya aku berhenti dihadapan "DIA",

Aku dapat rasakan dia bakal menjadi teman

Yang paling tegar untuk aku sama2 berkongsi jalanan

dalam jalur yang panjang ini…

Aku berhenti dan pelawa dia

Untuk naik kereta yang aku pandu..

Tapi kan….

Dia tak buka pun pintu kereta,

Tempat duduk penumpang tu..

Kebiasaannya aku meneruskan pemanduan,

Kembali mencari penumpang lain,

Yang lebih sesuai mungkin…

Tapi bezanya kali ini,

Aku sekadar menghidupkan enjin kereta,

Dan aku masih tetap berhenti dihadapan "DIA",

Tanpa bfikir untuk menekan minyak,

Dan berlalu pergi..

Beberapa kali aku mencuba,

Tapi aku kurang kuat,

Aku tetap berfikir bahawa satu hari nanti,

"DIA" akhirnya akn sudi mengisi

Kerusi kosong di sisi aku,

Dan bersetuju untuk menemani aku maneruskan pengembaraan..

Aku masih di situ…

Dalam kereta..

Di hentian yang sama,

Hadapan "DIA",

Menanti dan terus mananti..

Mungkin dia lebih selesa..

Duduk di kereta lain…”


Sedih sangat.. Aku pun penah mencintai seseorang.. Tapi aku tau.. Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.. aku perlu tau 2.. n aku perlu sedar sape aku.. Sedar mane kedudukan aku.. sedar yang dia bukan peneman pengembaraan aku..


“ Kereta aku sudah lame berhenti dihadapan "DIA",

Mungkin kali ini, aku harus keluar dari kereta yang aku pandu,

Biar aku membuka pintu kereta yang sedang menanti,

Biar aku menemani pemandu

Yang sudi mempelawa aku untuk naik bersama,

Mungkin aku tidak perlu jadi pemandu,

Kali ini,

Biar aku duduk dikerusi penumpang,

Menemani pemandu menuju destinasi….”


To Who It May Concern..

ni dulu kisah pejalanan hidup aku.. mengharap kasih pada yg xsudi.. tp korang lain.. korang sempat bahagia ngan dieorg.. wlau bahagia 2 kejap je.. klu aku leh trun dari kereta 2 n naik kereta org lain nape xkorang?? aku tau.. korang syg sgt2 ngan "insan 2" kn?? tp wat pe nk tggu klu "insan 2" slalu wat korang sakit ati.. slalu wat korang nangis.. slalu wat korang resah.. mmm kite kawan da lame.. dok bsame pn da lame.. org tau da bape byk air mate korang tumpah sebab "insan 2".. tp nape "insan 2" xnk pham kn??.. org da xsanggup nk tgk air mate korang.. hati org sedih.. sbb org syg korang..

klu bleh.. try the hardest my frewzz.. Jadi la mcm ni..

“ Kereta aku sudah lame berhenti dihadapan "DIA",

Mungkin kali ini, aku harus keluar dari kereta yang aku pandu,

Biar aku membuka pintu kereta yang sedang menanti,

Biar aku menemani pemandu

Yang sudi mempelawa aku untuk naik bersama,

Mungkin aku tidak perlu jadi pemandu,

Kali ini,

Biar aku duduk dikerusi penumpang,

Menemani pemandu menuju destinasi….”


with all my love:

~~Comelzz~~

Nk Amalkan X???

Ya Allah….

Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…


Tetapi ya Allah…

Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….


Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….

Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…


Dan ya Allah yang tercinta…

Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…


Ya Allah ya tuhanku…

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…


Ya Allah…

Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .

CINTa & PErsaBAtaN

To whom it may concern..
Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah,sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri, rasa cinta tetap wujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga ,yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..


To whom it may concern..
Jauh di dalam hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan, tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, tetapi terasa begitu dekat. Masih ingatkan suaranya, masih ternampak senyum tawanya. Rasanya baru semalam berlalu..tidak terasa . Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita .Selagi ada kejujuran ,ia tetap mekar.Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri. Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama. Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.


To whom it may concern..
Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati .Itulah cinta. Satu misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.


To whom it may concern..
Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar..

To whom it may concern..
Kisah hidup kite ni makin berliku2.. makin penuh ngan dugaan dan cabaran.. ape yg perlu ade adalah kekuatan diri n kesabaran yg banyak..


To whom it may concern..
Sue & Sheila..

hope korang kuat tempuh semua ni.. Memang senang org nk ckp, lupa la benda 2.. xyah pk la.. try la lupe kan die.. wat la keputusan yg btol.. tp yg menanggung korang kn?? yg memikul korang.. org lain leh bg pendapat, nasihat n mendengar luahan hati korang.. seyes.. org hanye leh pham ape yg korang lalui tp org xmampu nk rase ape yg korang rase..


org syg kamu semua.. xnk tgk kamu sedih.. xnk tgk kamu nangis.. org tau kamu mcm mane.. nampak je kuat leh tempuh smue ni tp hati kamu xsekuat 2.. hati kamu cepat sgt menangis.. org sedih bile bace entry2 dri kamu semua..


korang.. sbar erk?? kuatkan ati.. xmo nanges2 da.. org xtau nk ckp ape da.. tp sebelum end ni.. org nk bg 1 ayat..



"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita"


all with my true love..
~comelzz~



Sunday, January 18, 2009

Suke dan Kecewa

bosan plak arini..hrm..si cla biase lah...isnin br nk lek..hrm..pe2 pun aku bosan..td akk aku n abg din ajak kua jalan2..dorg nk shopping..wiwwwiiit..kaye siot..hehheh...mule2 g..bosan kat meru xde pape then ktorg gerak g PKNS.. heheh...lengang lak..dlm ngah jalan tuh aku nampak gYAT..x-Decom Student KPM..biase je dressup die..ah mals r layan..lame gak lah aku tggu kakk an abg ipar ku shopping..huhuhu..then abg din belanja KFC..wow! kakak n abg din xboikot kfc seh..huhuu..aku pun ikot je lah..layankan.habes mkn...dorg anta ku balik...hrmmm dh smpi umah bosan lak..then, first hing aku wat mestilah online..hahah..tgk juare lagu online...huhuhu...puas gak lah..tp menyakitkan ati..aku ngntuk sebenarye..hrmm..tp xle nk tdo..aku nk tggu sape jd juare lagu kali ni..hahahah...aku sakit ati gak sebb aku soh die dtg umah teman ku mkn die xnk datg..xabes2 jadi technician 24jam..aku terabai..hrm..nk watcamne..nk mengalir air mate je rase.tp aku thn..die sekang dah xde mase utk aku..even weekend sekalipon..sob..sob..sob..suria n cla...aku dah jd mcm korg je rase..ade die..tp cm xwijud dah..bz sokmo...tp xpelah...msg die juz ckp nk tdo..xde mud nk ckp bende len..hrmmm..k lah..aku dah terkentot2 ni nk terberak..dr tdi aku thn sebenarnye..hehhe..tp tetp teruskan jugak tulis blog ni..hehhe..k lah..da berbau bilik aku ni..hahhah..piece..


^beE^

Saturday, January 17, 2009

\o_0/...CELAKA KE AKU???

Jan17:12.52am
ari ni ade kwn kite yg dah TUA...hahah
buat sya:hepy besday syg....
semlm aku ngamuk kat E tuh....mmg kaw2..ape yg xkuar kat mulut aku..sume kuar..P*****K,B**I,S**L sume kuar...skt giler ati aku,ntah la nape org laki susah sgt nak fhm perasaan org pmpuan?susah sgt ke?bkn nye ko xde adik,mak,nenek.dorg bkn ke pmpuan ke?ADOI...aku xtau la..walau syg camne pown hbgn aku an E,wlau dah nak msuk 4 thn, aku still xfhm die.kekadang rase cam xde bf pown...korg bygkan la,lam semggu,kalu aku xmsg,xdenye die nak msg..bz sgt amik degree..baru msuk 2 mggu kat U. tp kalu lpak kat kdai mamak leh plak..JANTAN2...syg ke gtuh?aku sbr an die slama ni pown dah ckup baik dah,...xckup2 g kew nak sktkan ati aku??ingat aku ni B**I ke??xde perasaan..kalau la aku leh bomohkan diri aku sndiri,dah lame aku wat diri aku lupe kat E tuh senang,xde la aku nak skt...
first love is a mistake..tol la...mmg kesilapan BESAR...NYESAL!!!!!!CELAKA tol la,,,aku xnk ade perasaan niyh..skt kowt...lg baik cam dulu,relax jek...sblm jmpe E tuh...steruk2 Amin tu, xde la die wat aku gnih...BTW, aku malas g nak skt ati...aku nak enjoy jek...1 day aku akan g PERAK tuh...tgk la,,,ade yg msuk brite,..xpown ade lagu cinta 3 segi kedua yg kuar.penyanyi nye aku..ahahhahha....adios berambussss!!!!da.,,,


~KOKOK~

\0_o/...cYng korNG

Dah lame xtulis blog niyh..aku ni buku log pown xwat, xde maknenye nak tulis blog tiap2 ari..ni summary aku utk mggu lpas n mggu ni..hahaha...senang,xpayah korang bace byk2...mggu lpas xde pe yg menarik accept aku gaduh an bf ksygan aku tuh "E" .ntah la..skt gak la hati ni..ade la cam tersiat2..SAKIT kowt..ade ke aku ni jd cam sampah lak...ble nak amik, ble xnak buang..tp ble org lain nak amik aku,ade la kecoh 1 seremban..camtu plak kan???lelaki ni pelik la...aku kan, kalu bab2 hati ni emo sket..to whom it may concern,pepandai la nak pk.ko dah lame an aku,tp lain lak jd nye..papejelah..bak kate syeila, pegi mam...hahhaha
mggu ni plak,aku penat sgt...kne wat soya la,ape la...cam buruh plak..rindu kat kekawan..sya,syira...RINDU...kat wan,bee,pa'a,syeila tuh dah tiap2 ari dah tgk..mggu ni ade smthing hapen kat aku ms g tgk wayang kat alamanda..huhhuu..smthing yg mmg2 wat aku mrh...ado yg nak kono niyh..tp xpe,skurang2nye ade yg tunjuk die SAYANG aku..xmcm stengah2 org tuh...ye r,dah msuk U kan??amik degree,mane la nak pandang kte amik Dip je niyh...PEGI MAM la....xpe,kte tgk sejauh mane...overall for this 2 weeks: SUCKS!!!!


~KOKOK~

Dendam Dlm Diam

Pagi ni aku xrase nk bangun g keje...tp memg dari semalam aku nekad xnk dtg keje..well, nk wat cmne..ikut hati naluri nk dtg keje, tp bile ingt peristiwa semalam kat tmpt keje aku jd sakit ati.hrm..aku sakit ati ngn tugas yg diberikan oleh pushpa dan jega..walaupon dorg xbersalah, tp aku still sakit ati..agak2 lah weyh nk soh ktorag yg wat keje2 berat tuh.aku pompuan kowwwtt... aku dah PEDAP lah keje cmni.sial memg sial lah kan..memg marah gile r kan..tahap gampang gak lah..walaupun aku xrela nk sebut perkataan gampang..marah aku memg tahap second maksimum lah..sume bende aku nk buat..tgn aku pon laju je wat keje..marah punye pasal sampai telinga, kepala aku sume panas2..ish2..dah nk mendidih gak lah...n aku nekad memg aku xnk dtg keje rini...itu lah reason aku sebenarnye.aku xsakit pon.so kawan2 kalu bc blog ni, ckp lah kat yong yg aku xsakit sebenarye.sakit tu sakit lah..sebb sakit dada meniarap tulis blog ni..hahahah..ok lah..chow!



^beE^

Saya memang tak penting

Terima kasih la kamu sebab terus terang. At least saya tahu apa yang kamu rasa pasal saya. Bila kamu cakap macam tuh saya da taktau nak cakap macam mana. Saya bukan nak suruh kamu rasa apa yang saya rasa. Tapi sebab saya tak suka nak luahkan. Saya rasa lebih baik pendam je. Sebab tuh saya selalu cakap benda yang sama sebab saya malas nak explain panjang2. Biar orang tau tuh je. Mungkin orang pun da bosan dengar ayat yang sama, tapi saya taktau nak cakap apa lagi. Ye la.. explain pun orang tak kan faham kan? Orang boleh angguk faham apa yang kita cerita tapi orang tak boleh faham apa yang kita rasa. Tuh la saya da cakap saya memang tak penting. Mungkin sebab saya tak suka terus terang sebab tuh keadaan jadi macam nie. Lain kali saya rasa saya akan cakap semua yang saya rasa biar semua orang tau. Tengok.. akhirnya jadi macam nie kan? Saya da boleh agak dari mula lagi. Da la.. awak tak payah la tau pasal saya lagi. Nanti awak susah hati pulak bila saya cakap orang tak kan faham kalau takde kat tempat saya. Da.. Saya tak kan cakap benda tuh lagi. Jangan risau.. Kamu kalau baca blog nie, nie pulak luahan hati saya. Biar kita nampak dari segala sudut dan kita nilaikan balik. Memang apa yang berlaku bukan salah sape2. Sape kata saya salahkan kamu? Kadang2 saya fikir balik.. Bukan kita nak benda jadi macam nie sebab tuh saya diam diri je. Memang kadang2 saya sakit hati dengan kamu.. Tapi kamu tau tak akhirnya saya buat tak tau je sebab apa tau? Tak nak besarkan hal yang kecik dan tak nak susahkan hati kamu dengan dia. Lagi satu kamu tau tak nape saya kutuk kamu? Sebab saya sakit hati dengan kamu masih berhubungan dengan dia. Saya tak pernah kutuk kamu benda lain. Tanya la kawan2 saya nie.. Direct dengan dia adalah. Sebab nak sakitkan hati dia. Memang sengaja.. Sebab saya tau dia sayang kamu. Saya tak nak suruh kamu rasa apa yang saya rasa. Tapi saya selalu rasa kamu kacau hubungan saya dengan dia biar pun saya tau sebenarnya dia perlukan kamu. Dari mula lagi kalau kamu pergi mungkin tak jadi macam nie. Tapi macam mana kamu nak pergi? Sedangkan dia tercari2 kamu. Saya tau semua tuh.. Kamu selalu cakap saya tak berusaha cari dia. Tapi kamu tau tak hakikatnya dia tak suka saya contact dia. Kamu ingat saya tak terasa? Sebab tuh saya buat keputusan untuk tak contact dia mungkin tuh akan buat dia lebih happy. Saya tak letakkan kesalahan atas kamu dengan dia. Saya sedar diri.. Saya nampak apa yang berlaku. Habis tuh macam mana nak rapat dengan dia kalau dia tak suka saya cari dia. Cuba kamu fikir? Apa sepatutnya tindakan saya kalau macam tuh? Sebab tuh saya suka berdiam diri. Dari mula lagi kalau awak sedar macam mana proses untuk saya bersama dia memang susah. Ada je masalah yang jadi. Apa pun yang berlaku mesti ada sebabnya. Bukan saya suka2 hati nak buat macam tuh dan tinggalkan dia separuh jalan. Tak.. Bukan macam tuh. Semua perkara bersebab sama juga dengan tindakan saya. Jangan kata saya buat tak tau.. Jangan kata saya tak amek tindakan. Saya da berusaha.. Tapi memang dalam hati dia tak nak kat saya. Saya rasa awak pun sedar benda tuh. Tapi masalahnya nape si dia tak berterus terang kat saya? Nape saya rasa saya sorang je tak tau apa2. Yang tiba2 saya tau kamu da berhubungan dengan dia. Kamu tau tak hancurnya hati saya? Apa yang saya reti cakap kamu tak rasa apa yang saya rasa. Saya tau rasa saya tak penting. Sebab tuh la saya da cakap berulang kali. Dia tak pernah pulak cakap yang dia nak putuskan hubungan atau apa2 yang berkaitan sebab semenjak insiden pasal pihak ketiga dia cakap memang saya dengan dia bersama balik. Tak tau la pulak dia da bersama kamu pulak lepas tuh dan tak bagitau saya yang dia da tak perlukan saya lagi. Kamu tau tak saya rasa tertipu sebab saya percayakan dia selama nie? Kamu tau tak apa yang saya jadi hari nie semua sebab dia? Kan saya da agak ini endingnya. Kawan saya da bagi nasihat dulu. "Akhirnya semuanya akan kembali kat kau gak, percaya la cakap aku". Kan betul.. Kalau kamu rasa saya perampas kebahagiaan kamu. Saya minta maaf.. Nape kita jadi macam nie? Kita tau sebabnya.. Kalau kamu nak letakkan kesalahan atas saya.. Saya terima. Saya faham apa yang kamu maksudkan dengan text tuh? Sebenarnya masa dulu itulah yang saya rasa. Da.. tak guna nak cerita. Saya cuma nak bagitau kamu.. Jangan risau. Saya tak penting pun dalam hidup kamu. Ada tak saya kacau hubungan kamu selepas saya tau kamu dengan dia sedangkan antara saya dengan dia pun tak habis lagi? Tak kan? Kamu tau sebab apa? Sebab saya tak kamu terganggu sebab hal saya dan saya tak nak besarkan hal. Saya selalu cakap semoga kamu berbahagia. Sebab saya tau memang dia perlukan kamu dan bukan saya cuma dia tak nak berterus terang untuk jaga hati saya. Saya nie cuma sandaran je.. Dia takut kehilangan kamu sebab dia ingat saya ada orang lain. Hakikatnya dia memang sayang kamu pun. Da la.. saya da tak larat nak cakap. Serius.. saya da kering air mata. Da.. jangan faham saya lagi. Sepatutnya saya sedar dari dulu lagi hal nie. 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong terlepas'. Saya tak salahkan kamu dan dia. Tapi saya sakit dia buat macam nie. Nape ini yang harus saya terima?

Happy Birthday Sya from all of us

MySpace Comments
MySpace Comments at GlitterBell.com


We Luv You!!!

Friday, January 16, 2009

Bila rasaku ini rasamu

Kerispatih - Bila rasaku ini rasamu

Aku memang terlanjur mencintaimu
(Memang pun.. sayang sangat yang dia tak pernah tau)
Dan tak pernah ku sesali itu
(Memang tak pernah kesal sebab rasa dia yang terbaik untuk kita)
Seluruh jiwa telah ku serahkan
(Seluruh hidup hanya tentang dia.. Bila kita rasa dia la satu-satunya)
Menggenggam janji setiaku
(Bila kita da cukup setia.. tapi dia tak pernah percaya)

Chorus
Ku mohon jangan jadikan semua ini
(Tau tak macam mana sakitnya bila kita tau yang dia sayang orang lain?)
Alasan kau menyakitiku
(Tau tak apa rasanya bila orang kita sayang tapi sayang orang lain?)
Meskipun cintamu tak hanya untukku
(Itu cukup kita sedar yang dia bukan sayang kita je..)
Tapi cobalah sejenak mengerti
(Duduk dan fikir.. apa yang kita da lalui selama nie)

Coda
Bila rasaku ini rasamu
(Kalau dia tau apa yang kita rasa.. Kalau dia tau rasa sakit tuh..)
Sanggupkah engkau
(Boleh dia rasa benda yang sama?)
Menahan sakitnya
(Nak menanggung sakit yang dia takkan pernah rasa.. Walau dia cakap dia pernah rasa..)
Terkhianati cinta yang kau jaga
(Cuba rasa macam mana perasaan kita bila dia menyakiti kita)
Coba bayangkan kembali
(Fikir sejenak.. rasa hati nie..)
Betapa hancurnya hati ini kasih
(Sakit, kecewa.. Hancur harapan yang kita impikan selama nie.. Bila apa yang kita harapkan tak jadi kenyataan)
Semua telah terjadi
(Akhirnya.. Kita tetap redha yang semuanya kenyataan yang kita harus terima)

Lagu nie khas ditujukan untuk hati2 yang terluka. Khas dari kami (aku n Suria). Fikir la.. sakit tuh takkan sama sebab semua orang melalui proses yang berbeza. Dan dia harus sedar kenapa kita terima je apa yang dia da buat kat kita.. sebab memang kita sayang sangat dia sampai da tak boleh nak cakap apa lagi dan redha je apa yang dia buat kat kita asalkan dia bahagia. Tau tak apa yang penting? Yang penting ialah kebahagiaan dia.. Sebab tuh la kita rela diam je..

XOXO~

Thursday, January 15, 2009

Sick and reallyyy tired

Hari2 wat benda yang sama kat office sampai aku da naik bosan. Masalahnya takde kaitan dengan apa yang aku belajar selama nie. Pastuh aku dapat tau pulak yang si gile tuh memang amek kesempatan kat ktorang nie. Dia bole cakap kat Pushpa ape tau? "U stupid.. why don't u use the practical students to do all the things? Ask them to do all. Whats the use of the them here". Kepala die. Ingat kau bayar gaji aku 3 ribu ke aku nak buat semua benda. Dia da la tau memekak je. Suka hati kau je kan nak memekak kat aku? Eee... sakit telinga tau dengar suara kau dan jugak menyakitkan hati lepas apa yang aku tau. Memang aku rasa macam nak complain je kat Cik Is, tapi takot effect ktorang kat sini. Tak pasal2 kena buat soya hari2. Tolong la saya!!! Kawan2 macam mana nie? Even the simplest things u want me to do. U thought I'm ur slave? I do everything u need me to do but u never satisfy. All u know is "U all people are very slow, slow, slow". Eh kalau kau laju nape kau tak buat sendiri ha gile??? Hello.. pegi betulkan gigi kau dulu baru bole bising kat ktorang. Sumpah bosan gile kat sini.. reallyyy sick n tired. Lagi 5 weeks je nak habis practical, tapi apa pun ktorang tak dapat.

Kawan2.. rindu kamu semua. Jom kita countdown birthday Sya. Kamu datang la sini.. Bole kita pegi celebrate birthday kamu kat mane2. Huhu.. Syiera tuh tak update pun blog. Okay la.. da bosan. Nak sign out da. Huhu.. Counting days.. Tunggu cik Yaya balik. Baru la bole berfoya2.

SheiLa~

xsenag ati sebb utang aku xdijelaskan lagi..

rini mcm biase masuk ofis...masuk awal sebb sume g sapan..hrm..aku memg dah bli kueh awal2 b4 nek lrt.biase r kueh karipap ngn donat..febret tau..hihi..rini 1 msg pun aku xbg kat boyfren aku..sebb marah ngn die...hrmm..dlm tren die plak bg msg..hrm..mls r nk reply.xde mud...
hishhh...bosan lah ofice xde internet g..nk chat pun susah..nk update blog lagilah..hrm..wat eva..yang penting aku nk bgtau korang.."AKU XDE MUD ARINI"..dr pagi samapi petang aku terasa sume benda cm bodoh sgt2. sume bende aku xlayan..perubahan hormon kot..hihi..hrm...lagi2 bile ingat company utang aku rm6..perghhh mcm 6ribu sial..bg aku ia amat bernilai..balik keje rini lewat cket sebb tgu wan, sue n paa kemas.hrm..dorang wat soya..tp pe2 aku tinggal sue, wan n pushpa..dorng nek ktm..pepndai lah korang nk idup..aku xde perasaan nk wat mende pape pun..hrmm samapi uma..hrm..trus online..nothing..download byk lagu..sebb bosan tgk lagu kat komputer adik ipar aku ni..hrm...duit xde nk mkn..tp terpakse sebb lapar..hrmmm...g lah mkn kat kedai thailand ni..perghh..order "mee celup" as u know my febret kat kedai tanjung kuantan tuh.. nk tgk le celen x ngn kuanatn punye..tp..."tawar sial"nth pape je..ish2..xsedap gile...mlm makin tue...hrm........balik2 bilik msg boyfren....hrm..nk xnk..terpkse turunkan ego ni..heheh...rindu lah..ingat xrindu ke kat die 1 hari xmsg..huuhhuu....tp mlm ni aku jd gile..kenapa??sebb tetibe aku bukak yassin..cla pun kate buang tebiat..pakai suar pendek tp pegang yassin..hahaha tetibe aku terpk azab api neraka...tu lah ayat terakhir aku sebelum tdo...takot samapi xle nk tdo..msg my sweet nk say gud nite...br lah leh tido..cmtu rupenye..heheheh
^beE^

Monday, January 12, 2009

thinking.....moody

as usual...hari ni hari malas aku..series malas..."LAZY MONDAY"..Dr kecik samapi la da besa ni..xtau lah pesal...sebb hari ahad sgt sekejap utk aku rehat..ngntuk seh... mls nk g keje..tp terpakse lah g gak sebb komputer kat ofis kene setel arini ...kalu x wat YONG marah!!..dlm ngah wat keje aku berfikir...mm..mcm2 aku pk kan..fmly???kawen??tunang??boyfren??MONEY lagi stress pk...hrmmm...aku dah bape kali soh sis aku bnk in..hadoi.mcm haram jadah lah..xbank in g samapi sekang..suko lah aku mkn tanah kan..hah! memg lah aku d boyfren..tp xkn aku nk arapkn duit die je..xberagak lah kan...hrm.. walau cmne punn..aku raso nk mtk simpati kat stesen LRT ke kan..bis lah dpt berkeping2 RM1pun...duit gak kan..lepas lah dri cempaka nk ke salak selatan..seb RM1 je kene..hey..hampeh betol.. mlm pas mkn ngn sheila, aku g cek duit.harap2 d lah duit dlm tuh..tp "haram jadah betollah!" kakk aku ni..dah kene hasut ngn mak aku ke xbg aku money! heyssssh!!!!!


Thursday, January 8, 2009

Chacha Engagement Day

Lama da tak update blog.. kitaorg bz sikit. Next week maybe da okay kot line internet kat sini. Da dua hari aku tak habis2 configure benda2 nih. Da naik muntah aku cakap dengan operator TM sampai dorang da kenal aku Sheila. Semua sebab Dr Yong, dia nak gak suruh aku yang connectkan internet. Da tuh kalau tak boleh macam ne? Pastuh tanya nape kat laptop dia tak bole? Da memang la tak bole sebab kau tak create connection. Adoyai Dr Yong.. Aku yang tak terel pun bole jadi terel sebab da dua hari dok menghadap error 768 tuh. Ye la.. tak habis2 operator TM cakap benda yang sama sampai da hafal step2 dia. Rupanya dorang memang cakap benda yang sama. Antara delete connection and create balik, tak pun pegi tengok network card enable tak dengan letak address untuk DNS server. Beria je kan? Last2 rupanya cable yang rosak masa time pindah2 barang hari tuh. Dia pun bising la marahkan Ganesan si tukang angkat barang.

Hari Ahad lepas Chacha bertunang. Aku betul2 tak percaya dia da decide nak bawak relationship dia ke stage seterusnya. Huhu.. best kan? Bila kita da confident yang kita betul2 nak hidup dengan orang yang tersayang. Bila kita rasa dia la satu-satunya. Dia confident la hubungan da 4-5 tahun. Memang kadang2 kita tak pernah appreciate apa yang kita ada. Macam tuh la situasi Chacha. Tapi apa pun dia buat, Hery tetap terima dia. Lupakan semuanya dan bina hidup baru. Masalahnya dia buat Hery memang dahsyat la. Kalau lelaki lain mesti cakap Hery bodo. Serius.. Tapi bagi aku Hery memang lelaki terbaik. Aku respect dia sebab dia bole bersama Chacha walau apa keadaan sekalipun. Gila hebat cinta kamu berdua. Bukan sekadar nafsu macam sesetengah orang. At least atas sebab tuh Chacha da berubah and buat keputusan untuk bertunang. Syukur la.. Aku macam sedih dia nak bertunang (padahal tunang je). Banyak kali aku tanya dia, ye la.. 4 bulan lagi dia da nak kahwin. Da tue.. dengan sape lagi aku nak keluar jalan2? Sedih tau.. Rasa macam hilang kawan dowh.. Tak pe la.. Shasha ada, Wanie pun ada, Yaya pun ada lagi. Huhu.. Aku cuma harap Chacha hepi je. Tapi selalunya karma.. Bukan nak takutkan dia. Faham2 saja la kawan2. Kita pun da banyak sangat alami benda2 macam tuh. Hidup kita tak kan mudah je dan tak kan bahagia kalau kita ada menyakitkan hati orang lain. Betul tak Suria? Bukan situasi kita sama ke? Ke mana lagi hala tuju destinasi hidup kita cik Suria? Huhu.. Biarla masa menentukan semuanya. Kat sini aku upload picture bertunang Chacha.



Chacha on her engagement day.



Candid picture. Edited by Wanie.



Barang hantaran yang berjenama dan stylo.



Ini la gambar kitaorg 4 orang yang da kawan since form 1 dulu. Shasha yang baju hitam tuh. Wanie yang baju hijau tuh. Sayang korang semua...

Friday, January 2, 2009

Terima Kasih Kawan-Kawan

~MY 6 WONDERFUL FRIEND~
i'm proud to have 6 friends that alwez support me whenever i need them!
i love them so much until my end of life!
Thats what i promised to myself!

This 6 friends are "ANUGERAH PALING BEHARGA" that God sent to me!
My life not complete without them!!
Wondering if this
SO-CLOSE FRIENDSHIP
would distract by a distance!
i would not let it happened.....
Thanks for everythings....
~Our Precious Momment~

By: ~LADySyA~

Thursday, January 1, 2009

New year. New me. New resolution

Happy new year to all my dearest friends. Luv u guys!

As the title, I have a new resolution for the year 2009. Aku tak pernah percaya pada azam untuk berubah sebab memang susah untuk tunaikan. So, aku tak pernah nak serius bila masuk tahun baru. But for this new year, i feel something new. Aku da tua. 22 tahun adalah umur yang da cukup dewasa bila orang lain dengar. Tapi perangai aku tak pernah berubah. Sepatutnya pada umur macam nie aku lebih berfikiran matang in certain way. Okay.. Im trying. Tapi aku pun ada rasa sikit2 perubahan dalam diri aku contohnya benda yang aku suka, aku jadi tak suka (faham2 sendiri la bila kita da mula berubah). Aku lebih serius dalam sesuatu perkara. Aku lebih terbuka minda setelah banyak perkara yang da jadi dalam hidup aku. Ntah la.. banyak sangat da berubah. Aku jadi apa yang aku rasa selama nie. Tuh la aku hari nie. Memang la umur pun da meningkat dan kita pun lebih terdedah pada banyak benda sebab tuh la kita bole rasa macam2. Benda tuh macam experience la. At least kita pernah rasa and kita tau macam mane nak handle kalau jadi lagi suatu hari nanti. Aku lebih kuat walau pada dasarnya aku hanya seorang perempuan yang memendam rasa. Aku lebih rela pendam dari meluahkan. Taktau la nape. Da memang aku macam tuh, semua orang berbeza. Sebab tuh kita kena terima each other seadanya. Dont expect to be someone else. I am just me. I love to be me. As I said before we never satisfies others, so we dont have to. Just be yourself. Hehe.. biasa la manusia, tak pernah puas hati dekat orang lain. Itu adalah normal, jadi tak payah risau. Just live your life. Hehe.. macam pakar motivasi pulak kan? Okay la.. Untuk new year resolution I have something that need to be change.

1. Spend money wisely.
2. Jadi lebih rajin supaya tak buat task last minutes.
3. Tolong turunkan sikit ego tuh!
4. Be more concern kat kawan2 lebih lagi dekat kawan2 lama. At least contact diaorg sebulan sekali.
5. Lebih berfikiran terbuka dan tak act macam budak2 lagi.
6. Simpan duit for future.
7. and the list goes on.


SheiLa~