Terima kasih la kamu sebab terus terang. At least saya tahu apa yang kamu rasa pasal saya. Bila kamu cakap macam tuh saya da taktau nak cakap macam mana. Saya bukan nak suruh kamu rasa apa yang saya rasa. Tapi sebab saya tak suka nak luahkan. Saya rasa lebih baik pendam je. Sebab tuh saya selalu cakap benda yang sama sebab saya malas nak explain panjang2. Biar orang tau tuh je. Mungkin orang pun da bosan dengar ayat yang sama, tapi saya taktau nak cakap apa lagi. Ye la.. explain pun orang tak kan faham kan? Orang boleh angguk faham apa yang kita cerita tapi orang tak boleh faham apa yang kita rasa. Tuh la saya da cakap saya memang tak penting. Mungkin sebab saya tak suka terus terang sebab tuh keadaan jadi macam nie. Lain kali saya rasa saya akan cakap semua yang saya rasa biar semua orang tau. Tengok.. akhirnya jadi macam nie kan? Saya da boleh agak dari mula lagi. Da la.. awak tak payah la tau pasal saya lagi. Nanti awak susah hati pulak bila saya cakap orang tak kan faham kalau takde kat tempat saya. Da.. Saya tak kan cakap benda tuh lagi. Jangan risau.. Kamu kalau baca blog nie, nie pulak luahan hati saya. Biar kita nampak dari segala sudut dan kita nilaikan balik. Memang apa yang berlaku bukan salah sape2. Sape kata saya salahkan kamu? Kadang2 saya fikir balik.. Bukan kita nak benda jadi macam nie sebab tuh saya diam diri je. Memang kadang2 saya sakit hati dengan kamu.. Tapi kamu tau tak akhirnya saya buat tak tau je sebab apa tau? Tak nak besarkan hal yang kecik dan tak nak susahkan hati kamu dengan dia. Lagi satu kamu tau tak nape saya kutuk kamu? Sebab saya sakit hati dengan kamu masih berhubungan dengan dia. Saya tak pernah kutuk kamu benda lain. Tanya la kawan2 saya nie.. Direct dengan dia adalah. Sebab nak sakitkan hati dia. Memang sengaja.. Sebab saya tau dia sayang kamu. Saya tak nak suruh kamu rasa apa yang saya rasa. Tapi saya selalu rasa kamu kacau hubungan saya dengan dia biar pun saya tau sebenarnya dia perlukan kamu. Dari mula lagi kalau kamu pergi mungkin tak jadi macam nie. Tapi macam mana kamu nak pergi? Sedangkan dia tercari2 kamu. Saya tau semua tuh.. Kamu selalu cakap saya tak berusaha cari dia. Tapi kamu tau tak hakikatnya dia tak suka saya contact dia. Kamu ingat saya tak terasa? Sebab tuh saya buat keputusan untuk tak contact dia mungkin tuh akan buat dia lebih happy. Saya tak letakkan kesalahan atas kamu dengan dia. Saya sedar diri.. Saya nampak apa yang berlaku. Habis tuh macam mana nak rapat dengan dia kalau dia tak suka saya cari dia. Cuba kamu fikir? Apa sepatutnya tindakan saya kalau macam tuh? Sebab tuh saya suka berdiam diri. Dari mula lagi kalau awak sedar macam mana proses untuk saya bersama dia memang susah. Ada je masalah yang jadi. Apa pun yang berlaku mesti ada sebabnya. Bukan saya suka2 hati nak buat macam tuh dan tinggalkan dia separuh jalan. Tak.. Bukan macam tuh. Semua perkara bersebab sama juga dengan tindakan saya. Jangan kata saya buat tak tau.. Jangan kata saya tak amek tindakan. Saya da berusaha.. Tapi memang dalam hati dia tak nak kat saya. Saya rasa awak pun sedar benda tuh. Tapi masalahnya nape si dia tak berterus terang kat saya? Nape saya rasa saya sorang je tak tau apa2. Yang tiba2 saya tau kamu da berhubungan dengan dia. Kamu tau tak hancurnya hati saya? Apa yang saya reti cakap kamu tak rasa apa yang saya rasa. Saya tau rasa saya tak penting. Sebab tuh la saya da cakap berulang kali. Dia tak pernah pulak cakap yang dia nak putuskan hubungan atau apa2 yang berkaitan sebab semenjak insiden pasal pihak ketiga dia cakap memang saya dengan dia bersama balik. Tak tau la pulak dia da bersama kamu pulak lepas tuh dan tak bagitau saya yang dia da tak perlukan saya lagi. Kamu tau tak saya rasa tertipu sebab saya percayakan dia selama nie? Kamu tau tak apa yang saya jadi hari nie semua sebab dia? Kan saya da agak ini endingnya. Kawan saya da bagi nasihat dulu. "Akhirnya semuanya akan kembali kat kau gak, percaya la cakap aku". Kan betul.. Kalau kamu rasa saya perampas kebahagiaan kamu. Saya minta maaf.. Nape kita jadi macam nie? Kita tau sebabnya.. Kalau kamu nak letakkan kesalahan atas saya.. Saya terima. Saya faham apa yang kamu maksudkan dengan text tuh? Sebenarnya masa dulu itulah yang saya rasa. Da.. tak guna nak cerita. Saya cuma nak bagitau kamu.. Jangan risau. Saya tak penting pun dalam hidup kamu. Ada tak saya kacau hubungan kamu selepas saya tau kamu dengan dia sedangkan antara saya dengan dia pun tak habis lagi? Tak kan? Kamu tau sebab apa? Sebab saya tak kamu terganggu sebab hal saya dan saya tak nak besarkan hal. Saya selalu cakap semoga kamu berbahagia. Sebab saya tau memang dia perlukan kamu dan bukan saya cuma dia tak nak berterus terang untuk jaga hati saya. Saya nie cuma sandaran je.. Dia takut kehilangan kamu sebab dia ingat saya ada orang lain. Hakikatnya dia memang sayang kamu pun. Da la.. saya da tak larat nak cakap. Serius.. saya da kering air mata. Da.. jangan faham saya lagi. Sepatutnya saya sedar dari dulu lagi hal nie. 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong terlepas'. Saya tak salahkan kamu dan dia. Tapi saya sakit dia buat macam nie. Nape ini yang harus saya terima?
Saturday, January 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment